Pemerenggan
bermaksud usaha untuk menghasilkan komposisi sesebuah penulisan yang mantap
melalui binaan perenggan-perenggan yang sempurna. Sesebuah karangan yang mantap
seharusnya memiliki ciri-ciri pemerenggan yang berkesan. Terdapat tiga bahagian
dalam sebuah karangan, iaitu:
- Pendahuluan
- Pengembangan (Isi)
- Penutup
Perenggan
Pendahuluan
Bagi sebuah
karangan yang mantap haruslah dimulakan dengan perenggan yang sesuai dan
menarik terlebih dahulu. Perenggan pendahuluan hendaklah ditulis dengan
menggunakan bahasa yang tepat dan padat kerana pendahuluan yang meleret-leret
akan membosan pembaca. Perenggan pndahuluan juga perlu menunjukkan secara
keseluruhan tentang apa yang hendak ditulis dengan jelas. Penyataan secara umum
mengenai tajuk karangan dengan menggunakan ayat selapis atau ayat mudah.
Terdapat lima jenis pendahuluan
- Pendahuluan jenis definisi
Perenggan dianggap
sebagai inti karangan yang menyajikan satu unit idea atau satu unit isi
perbincangan yang dikembangkan secara tersusun dalam satu rangkaian ayat yang
saling berhubungan.
- Pendahuluan jenis pendapat
Tun Dr. Mahathir pernah menyatakan
bahawa kita tidak akan mencapai kemajuan yang cepat jika kita tidak menumpukan
perhatian dalam penguasaan bahasa Inggeris.
- Pendahulan jenis suasana
Pada cuti semester lalu, Amirah
sekeluarga telah melancong ke Pulau Langkawi.
- Pendahuluan jenis soalan
Dewasa ini, kadar kemalangan jalan
raya di Malaysia semakin meningkat dari semasa ke semasa, terutama pada musim
perayaan. Adakah kemalangan jalan raya terjadi akibat kelalaian diri sendiri
atau kelalaian orang lain?
- Pendahuluan jenis peribahasa
Peribahasa Melayu ada mengatakan
“sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”…
Perenggan Pengembangan
Perenggan pengembangan
merupakan bahagian isi atau badan karangan yang terdiri daripada beberapa
perenggan. Bagi perenggan ini, isi-isi penting perlu ditulis dalam perenggan
yang berasingan mengikut keutamaan susunan isi karangan. Setiap karangan isi
haruslah padat dan berfokus mengikut tema. Terdapat dua jenis perenggan isi,
iaitu :
i.
Deduktif
· Bermula dengan ayat topik
yang mendukung idea utama.
· Kemudian diikuti oleh ayat
idea sokongan sama ada bentuk penjelasan atau pembuktian.
· Ringkasnya perenggan ini
bermula dengan pernyataan umum dan kemudian khusus.
Contoh : Isi penting > Huraian isi > Contoh
Contoh : Isi penting > Huraian isi > Contoh
ii.
Induktif
·
Kemudian diakhiri dengan
pernyataan umum.
·
Ayat topik diletakkan pada
bahagian akhir perenggan.
Contoh : Huraian isi > Contoh > Isi penting
Perenggan Penutup
Setelah selesai menulis perenggan
pengembangan, perenggan tersebut hendaklah diakhiri dengan ayat kesimpulan yang
memberi tanda bahawa sesebuah perenggan itu berakhir. Pada bahagian ini, subjek
binaan sesebuah karangan telah menjadi lengkap. Terdapat tiga kaedah yang boleh
digunakan oleh penulis untuk menulis perenggan penutup, iaitu :
- Olah semula idea dalam ayat topik dengan binaan ayat lain.
- Ringkaskan beberapa atau semua isi utama dalam perenggan.
- Rangkumkan isi-isi penting yang terdapat dalam karangan.
Perenggan penutup memainkan peranan sebagai perenggan
kesimpulan dan tidak perlu mengandungi fakta atau idea baharu yang tidak
dibincangkan dalam perenggan isi. Terdapat beberapa frasa yang boleh digunakan
untuk memulakan ayat kesimpulan, contohnya:
- Dengan kata lain,
- Sebagai kesimpulannya,
- Dengan demikian,
- Akhir kata,
- Secara ringkasnya,
- Tuntasnya,
Bil.
|
Strategi membina
perenggan penutup
|
Tujuan
|
1.
|
Menggunakan ayat-ayat ringkas dan pendek
|
Merumuskan keseluruhan tema karangan
|
2.
|
Meletakkan
pernyataan kembali maksud penulis
|
Memudahkan
kefahaman pembaca
|
3.
|
Membina perenggan penutup yang tidak terlalu panjang
|
Dapat mencerminkan keseluruhan isi karangan dengan jelas
|
4.
|
Mengukuhkan
isi paling utama
|
Membolehkan
pembaca memahami konteks terpenting karangan
|
5.
|
Menggunakan ayat yang berunsurkan sentiment memujuk,
menjentik fikiran pembaca dan puitis
|
Memberi kesan yang mendalam kepada pembaca
|
Jadual ini menunjukkan strategi membina ayat perenggan penutup
Secara ringkasnya, penulisan sebuah
karangan yang mantap adalah bermula dengan pemerenggan yang berkesan. Pemerenggan
yang berkesan adalah apabila penulis dan pembaca dapat manfaatnya masing-masing
iaitu penulis berpuas hati dengan tulisannya, dan pembaca dapat memahami apa
yang disampaikan oleh penulis. Oleh itu, penulisan yang baik haruslah menepati
aspek berikut :
- Perenggan dibina secukupnya iaitu terdapat perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup.
- Binaan perenggan yang padu dan ada ayat yang saling bertaut.
- Tujuan penulisan yang jelas.
- Terdapat penyusunan yang sempurna.
- Pemilihan kata, ejaan atau diksi yang tepat.
- Aliran idea selaras dan jelas dengan rumus tatabahasa.
- Tanda baca yang jelas dan menjadi pelengkap hubungan pemikiran.
Rujukan
- https://www.slideshare.net/azrulnizamyucqueazral9/struktur-dalam-penulisan-pemerengganan-yang-berkesan
- Buku Wacana Akademik Bahasa Melayu
No comments:
Post a Comment