Wednesday, 27 September 2017

Apa itu pemerengganan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Maksud perenggan
Perenggan adalah binaan bahasa yang terhasil daripada sekumpulan perkataan yang membina pelbagai jenis ayat untuk menyampaikan satu idea utama dengan mudah. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, perenggan dapat didefinisikan sebagai bahagian daripada muka atau bab dalam buku yang terdiri daripada beberapa baris.

Konsep pemerengganan
Pemerengganan merupakan suatu usaha untuk menghasilkan komposisisebuah karangan yang mantap dari segi penulisan melalui binaan perenggan-perenggan yang sempurna. Perenggan yang sempurna terhasil apabila wujudnya struktur atau bahagian yang lengkap dalam perenggan. Bahagian-bahagian pemerengganan tersebut dapat dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu perenggan pendahuluan, isi, penutup, dan dialog. 

No comments:

Post a Comment

Pemerengganan yang berkesan

Pemerenggan bermaksud usaha untuk menghasilkan komposisi sesebuah penulisan yang mantap melalui binaan perenggan-perenggan yang sempurna. S...