Pemerenggan bermaksud usaha untuk menghasilkan komposisi sesebuah penulisan yang mantap melalui binaan perenggan-perenggan yang sempurna. Sesebuah karangan yang mantap seharusnya memiliki ciri-ciri pemerenggan yang berkesan. Terdapat tiga bahagian dalam sebuah karangan, iaitu:
- Pendahuluan
- Pengembangan (Isi)
- Penutup
Perenggan Pendahuluan
Bagi sebuah karangan yang mantap haruslah dimulakan dengan perenggan yang sesuai dan menarik terlebih dahulu. Perenggan pendahuluan hendaklah ditulis dengan menggunakan bahasa yang tepat dan padat kerana pendahuluan yang meleret-leret akan membosan pembaca. Perenggan pndahuluan juga perlu menunjukkan secara keseluruhan tentang apa yang hendak ditulis dengan jelas. Penyataan secara umum mengenai tajuk karangan dengan menggunakan ayat selapis atau ayat mudah. Terdapat lima jenis pendahuluan
- Pendahuluan jenis definisi
Perenggan dianggap sebagai inti karangan yang menyajikan satu unit idea atau satu unit isi perbincangan yang dikembangkan secara tersusun dalam satu rangkaian ayat yang saling berhubungan.
- Pendahuluan jenis pendapat
Tun Dr. Mahathir pernah menyatakan bahawa kita tidak akan mencapai kemajuan yang cepat jika kita tidak menumpukan perhatian dalam penguasaan bahasa Inggeris.
- Pendahulan jenis suasana
Pada cuti semester lalu, Amirah sekeluarga telah melancong ke Pulau Langkawi.
- Pendahuluan jenis soalan
Dewasa ini, kadar kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat dari semasa ke semasa, terutama pada musim perayaan. Adakah kemalangan jalan raya terjadi akibat kelalaian diri sendiri atau kelalaian orang lain?
- Pendahuluan jenis peribahasa
Peribahasa Melayu ada mengatakan “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”…
Perenggan Pengembangan
Perenggan pengembangan merupakan bahagian isi atau badan karangan yang terdiri daripada beberapa perenggan. Bagi perenggan ini, isi-isi penting perlu ditulis dalam perenggan yang berasingan mengikut keutamaan susunan isi karangan. Setiap karangan isi haruslah padat dan berfokus mengikut tema. Terdapat dua jenis perenggan isi, iaitu :
i. Deduktif
· Bermula dengan ayat topik yang mendukung idea utama.
· Kemudian diikuti oleh ayat idea sokongan sama ada bentuk penjelasan atau pembuktian.
· Ringkasnya perenggan ini bermula dengan pernyataan umum dan kemudian khusus.
Contoh : Isi penting > Huraian isi > Contoh
Contoh : Isi penting > Huraian isi > Contoh
ii. Induktif
· Kemudian diakhiri dengan pernyataan umum.
· Ayat topik diletakkan pada bahagian akhir perenggan.
Contoh : Huraian isi > Contoh > Isi penting
Perenggan Penutup
Setelah selesai menulis perenggan pengembangan, perenggan tersebut hendaklah diakhiri dengan ayat kesimpulan yang memberi tanda bahawa sesebuah perenggan itu berakhir. Pada bahagian ini, subjek binaan sesebuah karangan telah menjadi lengkap. Terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan oleh penulis untuk menulis perenggan penutup, iaitu :
- Olah semula idea dalam ayat topik dengan binaan ayat lain.
- Ringkaskan beberapa atau semua isi utama dalam perenggan.
- Rangkumkan isi-isi penting yang terdapat dalam karangan.
Perenggan penutup memainkan peranan sebagai perenggan kesimpulan dan tidak perlu mengandungi fakta atau idea baharu yang tidak dibincangkan dalam perenggan isi. Terdapat beberapa frasa yang boleh digunakan untuk memulakan ayat kesimpulan, contohnya:
- Dengan kata lain,
- Sebagai kesimpulannya,
- Dengan demikian,
- Akhir kata,
- Secara ringkasnya,
- Tuntasnya,
Bil.
|
Strategi membina perenggan penutup
|
Tujuan
|
1.
|
Menggunakan ayat-ayat ringkas dan pendek
|
Merumuskan keseluruhan tema karangan
|
2.
|
Meletakkan pernyataan kembali maksud penulis
|
Memudahkan kefahaman pembaca
|
3.
|
Membina perenggan penutup yang tidak terlalu panjang
|
Dapat mencerminkan keseluruhan isi karangan dengan jelas
|
4.
|
Mengukuhkan isi paling utama
|
Membolehkan pembaca memahami konteks terpenting karangan
|
5.
|
Menggunakan ayat yang berunsurkan sentiment memujuk, menjentik fikiran pembaca dan puitis
|
Memberi kesan yang mendalam kepada pembaca
|
Jadual ini menunjukkan strategi membina ayat perenggan penutup
Secara ringkasnya, penulisan sebuah karangan yang mantap adalah bermula dengan pemerenggan yang berkesan. Pemerenggan yang berkesan adalah apabila penulis dan pembaca dapat manfaatnya masing-masing iaitu penulis berpuas hati dengan tulisannya, dan pembaca dapat memahami apa yang disampaikan oleh penulis. Oleh itu, penulisan yang baik haruslah menepati aspek berikut :
- Perenggan dibina secukupnya iaitu terdapat perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup.
- Binaan perenggan yang padu dan ada ayat yang saling bertaut.
- Tujuan penulisan yang jelas.
- Terdapat penyusunan yang sempurna.
- Pemilihan kata, ejaan atau diksi yang tepat.
- Aliran idea selaras dan jelas dengan rumus tatabahasa.
- Tanda baca yang jelas dan menjadi pelengkap hubungan pemikiran.
Rujukan
- https://www.slideshare.net/azrulnizamyucqueazral9/struktur-dalam-penulisan-pemerengganan-yang-berkesan
- Buku Wacana Akademik Bahasa Melayu